Pola Tangan
Pola tangan dibuat untuk menjahit baju
kurung moden, baju kebaya, blaus atau seumpamanya. Ada banyak pilihan
untuk buat pola tangan ni. Terpulang lah, bergantung pada tahap
kerajinan atau kemalasan (saya lah tu). Tapi yang penting, hasilnya
mesti memuaskan tak kira apa cara yang digunakan. Janji, baju tu sedap
dipakai.
Masa belajar menjahit dulu,
cikgu jahit saya bagi pola yang agak completed. Tapi hasilnya terbaik...
Boleh rujuk gambar di bawah untuk lakaran pola...
1-2: Panjang tangan
1-3: 4 setengah inci
2-6 & 2-7: keliling tangan bahagi 2
1-5 & 1-4: keliling lubang tangan (ketiak) bahagi 2
17: 4 ke 6 bahagi 2 & 19: 5 ke 7 bahagi 2
18-17 & 19-20: suku inci
6a: setengah inci di atas 6 & 7a: setengah inci di atas 7
8: 1 ke 4 bahagi 2 tambah setengah inci
9: 4 ke 8 bahagi 2
12: 1 ke 8 tolak setengah inci bahagi 2
9-10 & 11-12: setengah inci
13: 1 ke 5 bahagi 2
15: 1 ke 13 bahagi 2
13-14: suku inci
15-16: setengah inci
Sorry
lah kalau pening sket tapi memang pening pun. Sebab tu saya reka cara
sendiri yang lebih senang. Kalau dah try boleh lah...
Semasa lukis pola badan, boleh terus buat untuk tangan macam gambar di bawah:
1-3: ukuran bahu bahagi 2
3-4: 1 suku inci
1-2 & 3-5: keliling dada bahagi 4 (kalau nak longgar sikit tambah setengah inci)
2-6: keliling dada bahagi 4 tambah 1 inci
7: 4 ke 5 bahagi 2
7-8: 3/4 inci (sambung 4 ke 6 menggunakan lengkuk pembaris L)
4-9: labuh tangan
9-10: keliling tangan bahagi 2
Amat senang difahami, izinkan kak niza guna cara ini.
BalasPadamsenang cara sis ni..thanks..
BalasPadammacam mana dengan ukuran 4 & 5?
BalasPadammaaf sy 0 ttg jahitan nk tnya utk apa garis putus² tu?
BalasPadammaaf ye, untuk ukuran 6-10 tu macam mne ye?
BalasPadamTerimakasih... Ini sangat bermanfaat
BalasPadamBlh try ni..tq kongsi ilmu
BalasPadam