Memaparkan catatan dengan label Baju. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baju. Papar semua catatan

Rabu, 16 Januari 2013

Baju kurung biasa/riau/pahang


 Baju Kurung Biasa, Kurung Pahang dan Kurung Riau


Guru kelas jahitan saya memperkenalkan saya kepada jenis-jenis Baju Kurung Popular yang biasa ditempah pelanggan iaitu Baju Kurung Biasa, Kurung Pahang dan Kurung Riau.

Ia satu maklumat baru; sebelum ini saya tak ambil kisahpun tentang jenis Baju Kurung Popular. Apabila ia sudah menjadi topik pembelajaran, maka saya perlu belajar mengenalinya dengan lebih lanjut. Lalu, tugasan pencarian Google saya selepas pulang dari kelas telah membawa ke sebuah blog yang menceritakan lebih lanjut tentang perbezaan jenis-jenis Baju Kurung Popular ini.

--------- --------- --------- ---------


Secara umumnya kita ketahui Baju Kurung juga lebih dikenali sebagai Baju Kurung Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor. Apabila disebut Baju Kurung Teluk Belanga tergambarlah kepada kita pakaian yang labuh besar dan menyelubungi seluruh badan dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut.

Namun begitu baju ini sentiasa menjadi pilihan wanita Melayu samada sebagai pakaian apabila ke majlis rasmi ataupun sebagai pakaian harian kepejabat sahaja. Baju ini juga biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan amat sesuai dipakai pada Hari Raya. Pakaian ini menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada pemakainya selain menambahkan kelembutan kepada gerak geri seorang gadis yang berpadanan pula dengan personaliti Melayu sejati.





Pola Baju Kurung Pesak Gantung Dan Baju Kurung Traditional

BAJU KURUNG PAHANG

Baju kurung pahang adalah seperti baju kurung biasa TETAPI tanpa kekek dan mempunyai cutting dibahagian pinggang .
Perbezaan antara Baju Kurung Pahang dan Baju Kurung Pesak (traditional)

1) Kurung Pahang ~ Tidak mempunyai kekek.
- Kurung tradisional ~ Mempunyai kekek.


2) Kurung Pahang ~ Potongan Bahagian badan mempunyai "cutting".
- Kurung tradisional~ Potongan bahagian badan pula lurus hingga kebawah.

3) Kurung Pahang ~ Bahagian ditangan kembang dihujung.
- Kurung tradisional ~ Bahagian ditangan dari atas kehujung lurus sahaja.
Untuk baju kurung pahang ini, biasanya kain adalah lipat hadapan atau disebut selisih depan dan tanpa terbelah.Sementara baju kurung tradisional kainnya susun kipas samaada sebelah kiri ataupun kanan iaitu mengikut keselesaan masing-masing.




BAJU KURUNG RIAU


Baju kurung riau adalah seperti baju kurung pahang TETAPI tanpa kekek dan mempunyai pesak yg terbahagi kepada 2 bahagian seperti baju kurung pesak gantung dan mempunyai cutting dibahagian pinggang. Pesak untuk baju kurung riau ini adalah kembang dibahagian bawah. Baju ini amat sesuai untuk orang yg bertubuh kurus mahupun gempal. Disamping menampakkan sedikit potongan badan ianya dapat menyembunyikan bahagian punggung sipemakai.


Perbezaan antara Baju Kurung Pahang dan Baju Kurung Riau
1) Kurung Pahang - Hanya mempunyai satu pesak dari bawah ketiak terus kebawah. Pesaknya hanya sedikit mengikut potongan dibahagian pinggang sahaja.
2) Kurung riau - Mempunyai 2 pesak satu dibahagian bawah ketiak dan satu lagi yang kembang dibahagian bawah, dan ianya kelihatan seperti tergantung antara satu sama lain, dan ada juga yg memanggil kurung pesak gantung. Mengikut potongan dibahagian dada dan pinggang dan kembang sedikit dibahagian punggung.

Untuk baju kurung riau ini, kainnya adalah dua pilihan iaitu lipat hadapan atau disebut selisih depan dan ada yang susun kipas dibelakang.

Selasa, 15 Januari 2013

Pola pemplumm

Heee korang suke la ni kan..hajat korang da termakbul...tak senang dudk cs..pusing kiri org minta ni..pusing kanan minta ni jugak...surender betul cs ahahaha..ok lahhh sebelum tu nk minta maaf..tak leh buat tuto cantik..tuto cincai jek...cs tak cukup kaki tgn..ni buat sebab cs da tak lena tido korang kejo cs ahahahaha..ok jom kita mula...
gambo dapat dari abang google
ni peplum kurung half circle
gambo ni mintak ngn abng google okehh..
yang ni plak..pemplung full circle
untuk pola badan sila rujuk pola kurung moden kat link ni http://kedaijahitku-jahit.blogspot.com/2011/09/pola-kurung-moden.html 
-eo adalah garisan pinggang...
-ef = 0.5" sambung of
-gb dgn ga adalah sama ukuranyer..korang kene try n erroy carik ukuran ni..ada tekniknyer nnti cs ajo kedian ok..
-bc dn ad juga adalah sama ukuranyer...bc=8" ( boleh buat labuh lagik..kalau suka ) ini ukuran sampai garisan punggung jek...
- ba=lilit pinggang bahagi 4 - 1.5..ba tak sama pangjang yer dgn of...of ada dat...nnti da jahit dat baru lah ukuran nyer sama dgn ba..
-point yang cs tak taip kat sini adalah sama step dgn yang full cirsle atas yer...
- f = bd bahagi 2
- e= ac bahagi 2
- gh = garisan tgh circle sambung eh
@@ nnti potong pola ikut point ni yer..a,b,d,h,e,a
TEKNIK UKURAN CIRCLE





ok rasa boleh faham kot ..tak yah cs khutbah yerkkk :-D...yg last ni ukur secara tali inci berdiri mcm gambo tu yerkk..ukuran yg mesti dapat mesti sama dgn keliling pinggang bahagi 4 - 1.5...lau tak sama..try n erro lagik buat lain..sama ada turun kan lagik atau ats kan lagik ok...
CARA POTONG KAIN FULL CIRCLE
@@ kertas A4 tu ganti kain korang ok :-D

bagi perhatian pada kain yer bukan pada pola..kain tu bila da lipat mcm kite lipat kertas tadik...


macam ni nnti kita gunting kainnyer
bila dah gunting kain tadik...dan bila kita bukak..beh kurang cam ni la rupanyer...ni kertas andaikan kain itam tadik yerk hihihi



CARA POTONG HALF CIRCLE

 @@ kertas A4 sebagai ganti kain korang okey :-D



SIAP UTK CIRCLE BELAKANG 


siap utk circle depan :-D...
perkhhhhhh..sakit pinggang den...
CARA JAIT...
buat sementara ni cik sue bagi nota je yerkk...ada tempahan utk pemplum..tgh beratur ikut Q...so nnti sampai masa cs snap gambo cara nk jahit...sebelum tu korang paham2 kan diri dgn nota kat bawah ni ok...
1.cantum dulu untuk baju atau badan ikut step kurung moden lah yer...ingt..mesti ada zip belakang...
2.cantum plak donut/pemplum tadik pulak kat bawah badan baju tadik....penitikan dulu pemplum tadik dgn jarum peniti pada bahagian bawah badan kt nk cantum tu..lau berlaku besar pemplum dari bawah baju boleh buka tulang tepi baju...sesuaikan..utk samakan bulatan pemplum tu yer...hukkkk xde gambar ni harap korang paham....:-D
ok laaaa siap sudah tuto ni huuuuu....lege gile rasa wehhh :-D...ok tuto ni cs tak rujuk mana2 buku dan mana2 tuto..main buat sdrik ajek...jadiknyer kalau ada kekurangan tu minta maaf yerkk...agak sukar cs nak pahamkan org lain melalui tuto bertulis macam ni...
 tengok la gambo ni yg satu...begini d bahagian belakang baju pemplum...zip tu cs pakai saiz 22"...

step cantum 
1.cantum bahu
2.cantum pemplum masing2...utk depn dan belakang masing2..
3.cantum tepi badan kiri n kanan
4.pasang zip
5.pasang alas leher
6.cantum lengan

 

Pola kembang duyung

Pola kain depan dan belakang sama jee.



AB - Labuh kain
AC - Turun 9'
AD - Pinggang ke Lutut
-Buat garisan melintang lurus untuk semua titik tadi.
CE - Punggung bahagi 4 + 0.25
EL - turun 3cm
AF - Pinggang bahagi 4 + 2 + 1 3 (1  3' ni untuk dat masing-masing 0.5 setiap belah ) tak nak dat tak payah tambah 1' ni 
AG - 0.5 dan bentuk FG
-Buat garis menegak ke atas bermula titik E dan menegak ke bawah bermula titik E.
-Pada garisan melintang D masukkan ke dalam 3' ke 5' buat titik K.
XY - 8inci atau lebih.Kembangkan selebar mana nak tapi jgm le over lebar plak...tak cukup kain karang .
YM - naikkan 0.5 bentukkan MB
-Bentukkan garisa F,E,L,K dan M
-Selesai untuk pola
 
 -Gambar kat atas ni plak...cik sue nak tunjuk cara potong kain ok...

-Dah siap potong boleh la jahit bermula dengan
-jahit Dat
-jahit zip,
-cantum kedua kain belakang
-cantum kain depan dan belakang
-Pasang pinggang kain
dan last buat kemasan kaki kain...


*sedikit tips...potong kain mengikut IRA Kain seperti cik sue tunjuk kat rajah  atas ( pic no 2 )..kerana?..kalau potong ikut ira kain menurun atau ke ats tegak seperti biasa tuu kain akan jadi kaku..tak beralun cantik...nnti jadi kain kembang biasa je tak jadi kembang payung or loceng...
samat menjahit ok...
 

Pola tangan

Pola Tangan

Pola tangan dibuat untuk menjahit baju kurung moden, baju kebaya, blaus atau seumpamanya. Ada banyak pilihan untuk buat pola tangan ni. Terpulang lah, bergantung pada tahap kerajinan atau kemalasan (saya lah tu). Tapi yang penting, hasilnya mesti memuaskan tak kira apa cara yang digunakan. Janji, baju tu sedap dipakai.

Masa belajar menjahit dulu, cikgu jahit saya bagi pola yang agak completed. Tapi hasilnya terbaik... Boleh rujuk gambar di bawah untuk lakaran pola...

1-2: Panjang tangan
1-3: 4 setengah inci
2-6 & 2-7: keliling tangan bahagi 2
1-5 & 1-4: keliling lubang tangan (ketiak) bahagi 2
17: 4 ke 6 bahagi 2 & 19: 5 ke 7 bahagi 2
18-17 & 19-20: suku inci
6a: setengah inci di atas 6 & 7a: setengah inci di atas 7
8: 1 ke 4 bahagi 2 tambah setengah inci
9: 4 ke 8 bahagi 2
12: 1 ke 8 tolak setengah inci bahagi 2
9-10 & 11-12: setengah inci
13: 1 ke 5 bahagi 2
15: 1 ke 13 bahagi 2
13-14: suku inci
15-16: setengah inci

Sorry lah kalau pening sket tapi memang pening pun. Sebab tu saya reka cara sendiri yang lebih senang. Kalau dah try boleh lah...

Semasa lukis pola badan, boleh terus buat untuk tangan macam gambar di bawah:

1-3: ukuran bahu bahagi 2
3-4: 1 suku inci
1-2 & 3-5: keliling dada bahagi 4 (kalau nak longgar sikit tambah setengah inci)
2-6: keliling dada bahagi 4 tambah 1 inci
7: 4 ke 5 bahagi 2
7-8: 3/4 inci (sambung 4 ke 6 menggunakan lengkuk pembaris L)
4-9: labuh tangan
9-10: keliling tangan bahagi 2

Pola baju kurung riau /pahang




Saya terjumpa gambar lama yang pernah saya masukkan di dalam blog lama. Kini saya update semula Pola Baju Riau/Pahang. Jika ada kelainan, saya minta maaf. Ini apa yang biasa saya buat untuk baju sendiri.. Jika ada kesilapan, kekurangan sila tinggalkan komen supaya boleh ditambahbaikan. Terima kasih.

Badan & tangan baju:
a-b = ukuran bahu/2
b-c = labuh tangan
c-d = ukur lilit tangan/2
b-e = keliling ketiak * bahagikan kepada 2 dan tandakan. buang 1/2  inci
a-k = Labuh baju

Bahagian kekek:
e-f  = 5.25 inci hingga 6 inci *ikut saiz badan
e-g = 6 inci @ 7 inci
g-h = lebar 2 inci @ 3 inci ikut saiz dan potong menyerong sebanyak 1/2 inci ke atas

Pesak :
j-i = jika suka beralun, lebarkan sikit.. @ ikut selera ya..

**tepi baju antara cantuman pesak tu saya potong serong sikit 1 inci. Tak nak buat pun tak pe..**
** bawah pesak tu posong serong 1/2 inci supaya nanti cantik jatuhnya…**

Salah satu baju yang saya jahit untuk Aidilfitri 2012.