Selasa, 15 Januari 2013

Langsir Formula Asas

Bismillahirahmannirahim...

Assalammualaikum,
Pembukaan blog baru ku ni, hanyalah suka2 je utk menyimpan koleksi2 dan minat dlm bidang kraftangan dan juga minat baruku dalam dunia jahitan langsir amnya. Semuanya bermula apabila saya menghadiri satu kelas langsir di Shah Alam pada pertengahan April 2012 lalu, tp secara teori je..bayangkanlah macam saya ni tak de basic langsung dalam dunia jahitan ini. Dari situlah timbul rasa tak puas hati dan ingin mencubanya secara praktikal pulak! yalah..mana boleh kalau tau terorinya sajakan? rugi rasanya... Start dari situ jugalah saya sanggup beli mesin jahit jenama `JUKI', niat dihati utk membuat langsir sendiri berpandukan pd apa yg saya pelajari dan juga buku2 rujukkan dan terima kasih juga pada rakan2 blogger yang sudi berkongsi cara2 dan contoh2 jahitan ini., sebagai rujukkan saya dan juga rakan2 yg baru belajar seperti saya Di Sini, insya`allah akan saya praktikkan.

Formula Asas Langsir

Thanks kepada PnAnn, di copy dr cari.com. Posted by Pn Ann on 04/07/06 Topik Langsir.

Sila dapatkan ukuran berikut ;

Lebar Rail =
Labur Langsir =
Pita Jalur (Pita Biasa) yang diperlukan
Lebar Rail x 2 (untuk semua jenis fabrik) = [Jawapan Panjang Pita Biasa]
Jumlah Kepingan Fabrik

Apabila memasang langsir, perlu dipasang sebelah kiri dan sebelah kanan (2 bahagian). Oleh itu, adalah perlu untuk anda ketahui jumlah kepingan kain yang diperlukan untuk setiap bahagian tingkap atau lebih dikenali sebagai "window panel".

Ukuran Lebar Rail x 2 = [Jawapan Lebar Rail Keseluruhan]
Jawapan Lebar Rail / Bidang Fabrik = Jawapan Jumlah Kepingan Kain.

**Harus ketahui Bidang Fabrik yang dibeli.
**/ adalah tanda bahagi


Jumlah Meter Kain

Labuh Langsir + 2 inci (basi kelim atas) + 10 inci (basi kelim bawah) = Jawapan Labuh Langsir Keseluruhan.

(Kepingan Kain) x (Labuh Langsir) = Jawapan Jumlah Kain.

(Jumlah Kain) / 39 inci = Jumlah Meter Kain

** / adalah tanda bahagi

** 1 meter bersamaan 39 inci.
Contoh kiraan;

Lebar Rail = 70 inci

Labuh Langsir = 80 inci

Jumlah Pita Langsir

70 inci x 2 = 140 inci

Jumlah Kepingan Kain

70 inci x 2 = 140 inci

140 inci / 56 (bidang kain) = 2.5 (kepingan kain)

** Ini bermakna satu bahagian tingkap memerlukan 2.5 keping kain untuk dicantumkan.

Jumlah Meter Kain

80 inci + 2 inci + 10 inci = 92 inci.

2.5 x 92 = 460

460 / 39 inci = 11.80 meter @ 12 meter kain yang diperlukan.


**Ini bermakna dengan 12 meter kain, anda perlu gunting 2.5 keping untuk tingkap sebelah kiri dan 2.5 keping untuk tingkap sebelah kanan. 

Ukuran Lebar Rail

Ukuran lebar rail adalah berbeza mengikut jumlah rail yang anda gunakan. Jika guna satu rail lain, dua dan sebagainya. Maksudnya adakah anda pasang dua sekali atau 3 sekali rail.

Berikut saya senaraikan ukuran untuk setiap perbezaan rail yang digunakan.

Satu Rail = Panjang rail + 2 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Dua Rail = Panjang rail + 4 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Tiga Rail = Panjang rail + 6 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Ukuran asal panjang rail harus lebihkan sikit untuk elakkan langsir menegang apabila dipasang dan untuk menutup bahagian tepi kiri dan kanan rail.

Itulah Ukuran sebenar panjang rail rumah anda.
BLINDS

1) ROMAN BLINDS = guna rail Khas, 1 kaki rail RM27 -RM32 /kaki
>>> untuk jimat kos, sediakan sekeping kayu, skru dawai langsir dan tali, hasilnya tetap sama dengan rail Ori
2) AUSTRIAN BLINDS
3) LONDON BLINDS
4) FAN BLINDS
5) BALOON BLINDS

Smart Tips for Window Decor;

1) Examine your space - keluasan ruang tamu, dapur, bilik tidur etc.
2) Color decorations
3) patern
4) texture - materials etc.

these are the most important elements used to coordinate window treatments with interiors.

"A good general rule is to match the style of the window treatment with the style of the interior".

Kesilapan kita dalam menghias rumah ialah tidak ketahui konsep hiasan bagaimana yang kita kehendaki..teknik hiasan ini tidak seiring dan hasilnya hiasan rumah tidak menarik..

Jika kita pilih konsep hiasan English Style..maka teknik Window Decor or Curtains..sesuai corak berbunga, lace, sheers..patern beropol, goblet, tri-pleat dan to-pleated or box pleated...

Scallop or swangs lebih sesuai dengan konsep Royal or Traditional look or classic..

Tab-tobs ~ sebenarnya untuk bahagian ruang dining / kitchen and bathroom..masalahnya ramai yang tersilap teknik hiasan dengan kenakan untuk ruang tamu...

Blinds ~ sesuai sekiranya window mengadap cahaya matahari terbit dan untuk elakkan bahang panas...

Semua kriteria diatas, amat penting untuk kita fikirkan agar hiasan dalaman rumah nampak menarik... 


PANDUAN JAHITAN LANGSIR BOX PLEAT

Definasi Pleat bermaksud "lipatan" dan terdapat pelbagai teknik lipatan untuk membentuk kepala langsir. Paten langsir ini dikenali sebagai "box pleat" kerana teknik lipatan seperti kotak.
Terdapat dua kaedah jahitan langsir Box Pleat;

Bahagian bawah dan kepala langsir diasingkan. Perlu dicantum ketika jahit. Hanya bahagian bawah sahaja yang berlipat. Kaedah ini TIDAK terserlah keindahan paten langsir box pleat. Jika diamati seolah sama saja kain langsir.


Teknik diatas ialah bahagian atas dan bawah dilipat bersama (tiada pengasingan kain) ketika dijahit. Paten ini lebih menarik dan menyerlah teknik lipatan kepala langsir.
Teknik @ Paten langsir Box Pleat ini adalah asas. Dari paten ini, ianya boleh di pelbagaikan teknik dan kaedah jahitan untuk paten-paten langsir yang lain.

Paten langsir Box Pleat Smocking


PANDUAN JAHITAN LANGSIR

Anda harus membuat pilihan paten langsir yang mana satu anda hendak jahit;
(1) Hanya bahagian bawah sahaja berpleat. ATAU
(2) Bahagian atas dan bawah dilipat sekali.

Jika Kaedah (1)
Dapatkan Ukuran panjang rail. Ukuran Pita adalah sama dengan Ukuran panjang rail.

Jika Kaedah (2)
Ukuran Pita adalah sama jumlah keseluruhan kain.
Gunting kain Panjang rail dan Lebar 8 inci.
Jahit Pita Keras saiz 3.5 inci @ 4 inci.
Jahit suku sahaja pita keras dibahagian atas langsir.

Setelah siap jahit Pita Keras, terbalikkan bahagian dalam dan jahit Pita Jalur (Pita Biasa) di bahagian depan kain langsir. Dah siap, asingkan dulu bahagian kepala langsir.


Formula Kain Langsir Box Pleat

Panjang Rail x 3 = Jumlah Keseluruhan kain.
Untuk ketahui Jumlah meter kain ;

Jumlah Keseluruhan kain bahagi 39 inci = Jumlah Meter Kain
1 meter bersamaan 39 inci

Basi Kelim Kiri dan Kanan

Kiri ~ 3 inci
Kanan ~ 3 inci

Basi Kelim Bawah

Kebiasaannya jahit zigzag halus.
Jika boleh, ambil kain memanjang. BUKAN ikut bidang kain.
Dah gunting kain, tandakan 2 inci sehingga habis. Dan lipat kain selisih bertindih.


Lakukan teknik lipatan sehingga habis. Saiz lipatan siap box pleat ialah 4 inci.
Setelah siap, cantumkan bahagian kepala langsir dengan bahagian bawah langsir.
Jahit kiri dan kanan, barulah terbalikkan.
Setelah siap, jahit bahagian bawah (kepala langsir).


6 ulasan:

  1. wah..memang duk cari-cari cara jahit langsir macam ni..tq atas info..

    http://goo.gl/0v1t8X

    BalasPadam
  2. wah..teruskan sharing ilmu berguna ni yer Sis..byk info boleh dapat

    btw..jom lawat blog saya

    www.sihatnatural.blogspot.com

    BalasPadam
  3. wah..teruskan sharing ilmu berguna ni yer Sis..byk info boleh dapat

    btw..jom lawat blog saya

    www.sihatnatural.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Jumlah Meter Kain

    80 inci + 2 inci + 10 inci = 92 inci.

    2.5 x 92 = 460

    460 / 39 inci = 11.80 meter @ 12 meter kain yang diperlukan.

    Maaf nk tanye..macamne bleh dpt jawapan 460... sbb sy kire 230.. plz tlg sy.. maybe ade formula lain yg sy xnmpak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul puan..
      2.5 x 92=230

      Ada tertinggal tu, 230 tu kita br dpt utk sebelah tingkap samada sblh kiri @ knn...

      Jd, 230 x2= 460 utk 1 tingkap keseluruhan. Ni apa yg sy faham lah.

      Padam
  5. Terima kasih Puan Normah. Ini lah yang saya cari. Sebab saya langsung tak tahu apa tentang jahit langsir. tetapi setelah mwengikut dokumen yang beri Alhamduliah saya rasa dan boleh ikut dan akan cuba buat. Semoga Allah memberi keberkatan untuk ilmu jahitan ini. Ini merupakan amal jariah yang Puan sumbangkan. semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik puan yang sudi menurunkan ilmu secara percuma.

    BalasPadam