Rabu, 16 Januari 2013

Langsir Ombak stulang laut


Persediaan, menggunting dan membahagikan kain 




Persediaan

1. Kain langsir utama (diambil dari bahagian tengah kain yang berbunga 21 inci).

2, Kain pelapik (dari bahagian atas kain yang kosong) 11 inci.

3. Kain rupal hiasan (daripada kaki yang bersulam) 7 inci

Gunting dan bahagi kain

1. Lebar kain langsir utama berukuran 3 kali ukuran lebar tingkap ditambah 3 inci basi kelim kiri dan kanan. (lebar tingkap 90 inci x 3 = 270 inci + 3 inci basi kelim) = 273 inci. Labuh langsir 21 inci.

2. Bahagian atas kain langsir utama dilipat ke belakang 1 inci kemudian dikelim selapis sahaja, manakala bahagian bawah kain pula dilipat kotak inci.

3. Kain pelapik diambil dari bahagian atas kain yang kosong atau warna yang berlainan, berukuran lebar tingkap ditambah 3 inci basi kelim kiri dan kanan (LT 90 ici + 3 inci =93 inci ) Labuh kain 11 inci.


Cara Mencantum



1. Temukan bahagian dalam kain pelapik dengan bahagian dalam kain, ropol hiasan, kemudian jahit matikan kedua-dua sekali.

2. Temukan bahagian luar kain langsir utama dengan bahagian luar kain ropol hiasan, atau tindihkan di atas ropol hiasan, kemudian jahit sekali ketiga-tiga bahan

3. Bahagian atas kain langsir utama dibawa ke bahagian atas kain pelapik dilipat pisau terus ke belakang pita tarik sambil dijahit mesin perlahan-lahan, pastikan ketika melipat, kain langsir utama mencukupi.

4. Ketika menjahitnya, bahagian bawah pita tarik, jahit dari permukaan langsir sambil kemaskan (selarikan) lipat pisau. Untuk hiasan bahagian jahitan boleh ditutup dengan renda lebar.

5. Bahagian dalam langsir akan berbentuk seperti gambar dii sebelah.



Teknik Pisau Lipat 



Tempat: Ruang tamu, bilik tidur, atas pelamin dan bilik penganting

Jenis kain: Nipis dan jarang, atau kain seer nipis bidang 120 inci bawah kain berkaki

Pita: pita tarik 2 tali

Ukuran contoh: Lebar tingkap (LT) 90 inci
Labuh langsir (LL) 20 inci

Kain yang berbidang 120 inci berbunga di tengah-tengah boleh dipelbagaikan untuk membuat langsir seperti ini, rujuk cara membahagikan kain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan