Rabu, 16 Januari 2013

Langsir Single Scallop


mengukur dan memotong kain



Mencari ukuran dan memotong kain scallop

1. Lebar tingkap 90 inci - 14 inci (7 inci kiri dan 7 inci kanan) = 76 inci.

2. Ukuran kain scallop.
Lebar atas kain scallop 76 inci
Labuh ke bawah 48 inci
Lebar bawah kain scallop 76 inci + 28 inci = 104 inci


Cara menjimatkan kain

1. Sediakan kain 146 inci (73 inci X 2) segi empat panjang lipat dua. Ambil 8 inci untuk kepala langsir, baki di bawah lukis seoerti rajah. Bahagian atas scallop 76 inci bahagi 2 = 38 inci, labuh sehabis kain atau 48 inci, pada bahagaian bawah kain ukuran sama dibawa ke bawah ditambah 14 inci ( 38 inci + 14 inci = 52 inci.

2. Di atas kain yang sama lukis rajah untuk 35 inci di atas dan 13 inci di bawah. Kemudian temukan poin 38 inci pada poin 13 inci.

3. Pada kain scallop, bahagian tepi kain yang menyerong naikkan ke atas 7 inci lalu buat garisan melengkung, mulakan menanda dari bawah, rujuk rajah.

Cara melipat dan membuat swag



Cara melipat

1. Mulakan melipat dari bawah, ambil poin 5 inci pertama di bawa ke poin 1 inci pertama, kemudian ambil poin 5 inci kedua, jarak 1 inci sahaja yang akan kelihatan di permukaan kain.

2. Pada bahagian atas berukuran 8 inci, ambil bahagian hujung kain ini lalu, dibawa ke poin 1 inci yang akhir. Naikkan atau tarik ke atas 2 inci bahagian kain yang berlipat.

3. Pastikan lipatan pada scallop selari dengan bahagian atas kain scallop bahagian dijahit mati 1/2 inci.

Membuat Swag

1. Sepasang swag berukuran lebar 43 inci labuh (ikut kesesuaian anda) dari lebar bahagian depan 12 inci.

2. Mulakan swag sari garisan 35 inci, lipat simpan 7 inci di bawah kain, biarkan ukuran 2 inci sahaja yang ada permukaan. Pada ukuran 3 inci yang akhir terus di bawa ke jarak 2 inci (ukuran sisip 33 inci).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan