Rabu, 16 Januari 2013

Baju kurung biasa/riau/pahang


 Baju Kurung Biasa, Kurung Pahang dan Kurung Riau


Guru kelas jahitan saya memperkenalkan saya kepada jenis-jenis Baju Kurung Popular yang biasa ditempah pelanggan iaitu Baju Kurung Biasa, Kurung Pahang dan Kurung Riau.

Ia satu maklumat baru; sebelum ini saya tak ambil kisahpun tentang jenis Baju Kurung Popular. Apabila ia sudah menjadi topik pembelajaran, maka saya perlu belajar mengenalinya dengan lebih lanjut. Lalu, tugasan pencarian Google saya selepas pulang dari kelas telah membawa ke sebuah blog yang menceritakan lebih lanjut tentang perbezaan jenis-jenis Baju Kurung Popular ini.

--------- --------- --------- ---------


Secara umumnya kita ketahui Baju Kurung juga lebih dikenali sebagai Baju Kurung Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor. Apabila disebut Baju Kurung Teluk Belanga tergambarlah kepada kita pakaian yang labuh besar dan menyelubungi seluruh badan dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut.

Namun begitu baju ini sentiasa menjadi pilihan wanita Melayu samada sebagai pakaian apabila ke majlis rasmi ataupun sebagai pakaian harian kepejabat sahaja. Baju ini juga biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan amat sesuai dipakai pada Hari Raya. Pakaian ini menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada pemakainya selain menambahkan kelembutan kepada gerak geri seorang gadis yang berpadanan pula dengan personaliti Melayu sejati.





Pola Baju Kurung Pesak Gantung Dan Baju Kurung Traditional

BAJU KURUNG PAHANG

Baju kurung pahang adalah seperti baju kurung biasa TETAPI tanpa kekek dan mempunyai cutting dibahagian pinggang .
Perbezaan antara Baju Kurung Pahang dan Baju Kurung Pesak (traditional)

1) Kurung Pahang ~ Tidak mempunyai kekek.
- Kurung tradisional ~ Mempunyai kekek.


2) Kurung Pahang ~ Potongan Bahagian badan mempunyai "cutting".
- Kurung tradisional~ Potongan bahagian badan pula lurus hingga kebawah.

3) Kurung Pahang ~ Bahagian ditangan kembang dihujung.
- Kurung tradisional ~ Bahagian ditangan dari atas kehujung lurus sahaja.
Untuk baju kurung pahang ini, biasanya kain adalah lipat hadapan atau disebut selisih depan dan tanpa terbelah.Sementara baju kurung tradisional kainnya susun kipas samaada sebelah kiri ataupun kanan iaitu mengikut keselesaan masing-masing.




BAJU KURUNG RIAU


Baju kurung riau adalah seperti baju kurung pahang TETAPI tanpa kekek dan mempunyai pesak yg terbahagi kepada 2 bahagian seperti baju kurung pesak gantung dan mempunyai cutting dibahagian pinggang. Pesak untuk baju kurung riau ini adalah kembang dibahagian bawah. Baju ini amat sesuai untuk orang yg bertubuh kurus mahupun gempal. Disamping menampakkan sedikit potongan badan ianya dapat menyembunyikan bahagian punggung sipemakai.


Perbezaan antara Baju Kurung Pahang dan Baju Kurung Riau
1) Kurung Pahang - Hanya mempunyai satu pesak dari bawah ketiak terus kebawah. Pesaknya hanya sedikit mengikut potongan dibahagian pinggang sahaja.
2) Kurung riau - Mempunyai 2 pesak satu dibahagian bawah ketiak dan satu lagi yang kembang dibahagian bawah, dan ianya kelihatan seperti tergantung antara satu sama lain, dan ada juga yg memanggil kurung pesak gantung. Mengikut potongan dibahagian dada dan pinggang dan kembang sedikit dibahagian punggung.

Untuk baju kurung riau ini, kainnya adalah dua pilihan iaitu lipat hadapan atau disebut selisih depan dan ada yang susun kipas dibelakang.

4 ulasan:

  1. Jika Anda Berminat Untuk Menambah Pendapatan Dengan Mengambil Upah Menjahit Baju Kurung, Jubah Moden Dan Baju Melayu Atau Ingin Menjahit Baju Sendiri, Anda Bolehlah Belajar Menjahit Dengan Panduan Ini Yang Lengkap Dengan Illustrasi, Teks Penerangan Dan Gambar Sebenar Yang Menjadikan Pembelajaran Anda MUDAH, MENARIK Dan PRAKTIKAL...

    SiLa KLik Sini

    BalasPadam
  2. Baju kurung tradisional memang sangat sesuai untuk semua wanita yang ingin menutup aurat tanpa menyembunyikan keayuan diri. Jika dipotong dengan baik dan menggunakan fabrik yang sesuai, baju ini sentiasa membuat sipemakai berkeyakinan dalam pembawakannya. Kehalusan jahitan tentu lebih menyerlah sekiranya leher kekal dijahit dengan jahitan Tikam Tulang Belut yang kini sangat sukar dilihat lagi.

    BalasPadam
  3. Boleh saya tanya siapakah pengusaha atau pembuat baju kurung riau pahang ni..dia dah buat lama baju ni..sebb sye perlukan seorang pengusaha baju kurung riau utk sye interview..ada tak yg tahu?

    BalasPadam