Rabu, 16 Januari 2013

Langsir Angsana Scallop


 Cara membuat Angsana Scallop




1. Setiap tepi kain yang menyerong diberi poin 4 inci dari atas, diikuti 4 inci kemudian 1 inci, diikuti 4 inci, 1 inci, seterusnya berselang seli hingga ke bawah sekali 8 inci.

2. Dari bahagian hadapan kain yang sudah dicantum, susunkan ke atas (lihat gambar). Poin 4 inci kedua diletakkan pada bahagian bawah poin 4 inci pertama lalu dipin, kemudian poin 4 inci ketiga dibawa ke poin 1 inci. Teruskan hingga akhir. Pada poin 8 inci terus dilipat tiga bahagian. Pastikan semua jarak 1 inci sahaja yang akan kelihatan di permukaan.

3. Pada bahagian tepi dan tengah kain scallop yang telah disusun dan dipin, jahit mati setiap susunan scallop.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan