Rabu, 16 Januari 2013

Langsir Harga tempahan


Harga tempahan (2013)

PATTERN A- SENARAI KENING LANGSIR

(Jahitan kening langsir sahaja)
CODE: LG01- BOX SKIRT (RM8.00 – RM10.00 SEKAKI)
CODE: LG02- SCALLOP HARMONI (RM12.00 SEKAKI)
CODE: LG03- SKIRT LAGENDA RIA, RM12.00 SEKAKI (TIDAK TERMASUK HARGA BUTANG)
CODE: LG04- SCALLOP MAHLIGAI (RM15.00 SEKAKI)
CODE: LG05- SKIRT LAGENDA, RM12.00 SEKAKI (TIDAK TERMASUK HARGA BUTANG)
CODE: LG06-  GIANT BOX (RM8.00 SEKAKI)
CODE: LG07- SKIRT LAGUNA (RM8.00 SEKAKI)
CODE: LG08- SKIRT SEJATI (Box Skirt + Kain pita lipatan kecil) (RM10.00 – RM12.00 SEKAKI)
CODE: LG09- SKIRT SEMARAK (RM12.00 SEKAKI)
CODE: LG10- SKIRT RIA (RM12.00 SEKAKI)
CODE: LG11- SKIRT TANJUNG (RM10.00 SEKAKI, TIDAK TERMASUK HARGA BUTANG)
CODE: LG12- SCALLOP IMPIANA (RM12.00 SEKAKI)
CODE: LG13- PELMET BOX SKIRT: (Pelmet + Box Skirt) (RM15.00 – RM18.00 SEKAKI)
CODE: LG14- PELMET + SCALLOP (RM15.00 – RM18.00 SEKAKI)
CODE: LG15- PELMET CURTAINS, pelbagai bentuk (RM8.00 – RM10.00 SEKAKI)
CODE: LG18- SKIRT BAIDURI (Box Skirt + Ropol lipatan kecil) (RM12.00 SEKAKI)
 CODE: LG18- SKIRT BAIDURI (Box Skirt + Ropol lipatan kecil) (RM12.00 SEKAKI)
CODE: LG19- SKIRT AMANJAYA (Box Skirt + Scallop) (RM12.00 SEKAKI) Scallop lebih menyerlah menggunakan kain kosong warna terang.
CODE: LG20- SCALLOP AMANDAMAI (RM12.00 SEKAKI) Scallop kecil 2 lapis + Kain pita lipatan kecil
CODE: LG21- SCALLOP DAMAI (RM10.00 SEKAKI) Scallop kecil 1 lapis + Kain pita lipatan kecil
CODE: LG21- SCALLOP DAMAI (RM10.00 SEKAKI) Scallop kecil 1 lapis + Kain pita lipatan kecil

PATTERN B- SENARAI LANGSIR LABUH

(Jahitan badan (langsir labuh), tiada kening langsir )
(Sekeping kain langsir lebar 45-60 inci, labuh mengikut ukuran anda)
CODE: LB01- EYELET CURTAINS (TERMASUK ring) RM18.00 – RM25.00 SEKEPING (45-60 inci) (Rekaan pelbagai-gabungan 2 lapisan warna atau 1 warna)
CODE: LB02- TAB TOP CURTAINS : RM15.00 SEKEPING (45-60 inci), TIDAK TERMASUK HARGA BUTANG)

PATTERN C: LANGSIR LIPATAN RINGKAS 

Boleh dipilih untuk jahitan kening langsir sahaja (day and night curtains asing) ATAU badan langsir (langsir labuh) sahaja ATAU kening langsir & badan digabung)
CODE: LR01- GOBLET CURTAINS (RM8.00 SEKAKI)
CODE: LR02- COLLAR CURTAINS (RM8.00 SEKAKI)
CODE: LR03- X SHAPE CURTAINS (RM8.00 SEKAKI)
CODE: LR04- V SHAPE CURTAINS (RM8.00 SEKAKI)
CODE: LR05- DIAMOND CURTAINS (RM8.00 SEKAKI)
* Tidak termasuk harga butang hiasan.
* Jahitan badan (langsir labuh) sahaja HARGA: RM10.00 SEKAKI bagi setiap pattern.
* Jahitan gabungan kening langsir & badan/night curtains HARGA: RM12.00 SEKAKI bagi setiap pattern.

PATTERN D: LANGSIR JAHIT LURUS (Day & Night Curtains)

(Sekeping kain langsir lebar 45-60 inci, labuh mengikut ukuran anda)
CODE: LL01- DAY CURTAINS sahaja (RM8.00 SEKEPING) (45-60 inci)
CODE: LL02- NIGHT CURTAINS sahaja (RM8.00 SEKEPING) (45-60 inci)
Kain bidang besar (120 inci): RM16.00 SEKEPING
* Tambahan jahit renda RM1.00 semeter.
* Harga sebiji butang hiasan ialah RM0.50 (medium; saiz syiling 20 sen), RM0.70 (besar; saiz syiling 50 sen).

Baju kurung biasa/riau/pahang


 Baju Kurung Biasa, Kurung Pahang dan Kurung Riau


Guru kelas jahitan saya memperkenalkan saya kepada jenis-jenis Baju Kurung Popular yang biasa ditempah pelanggan iaitu Baju Kurung Biasa, Kurung Pahang dan Kurung Riau.

Ia satu maklumat baru; sebelum ini saya tak ambil kisahpun tentang jenis Baju Kurung Popular. Apabila ia sudah menjadi topik pembelajaran, maka saya perlu belajar mengenalinya dengan lebih lanjut. Lalu, tugasan pencarian Google saya selepas pulang dari kelas telah membawa ke sebuah blog yang menceritakan lebih lanjut tentang perbezaan jenis-jenis Baju Kurung Popular ini.

--------- --------- --------- ---------


Secara umumnya kita ketahui Baju Kurung juga lebih dikenali sebagai Baju Kurung Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor. Apabila disebut Baju Kurung Teluk Belanga tergambarlah kepada kita pakaian yang labuh besar dan menyelubungi seluruh badan dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut.

Namun begitu baju ini sentiasa menjadi pilihan wanita Melayu samada sebagai pakaian apabila ke majlis rasmi ataupun sebagai pakaian harian kepejabat sahaja. Baju ini juga biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan amat sesuai dipakai pada Hari Raya. Pakaian ini menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan kepada pemakainya selain menambahkan kelembutan kepada gerak geri seorang gadis yang berpadanan pula dengan personaliti Melayu sejati.





Pola Baju Kurung Pesak Gantung Dan Baju Kurung Traditional

BAJU KURUNG PAHANG

Baju kurung pahang adalah seperti baju kurung biasa TETAPI tanpa kekek dan mempunyai cutting dibahagian pinggang .
Perbezaan antara Baju Kurung Pahang dan Baju Kurung Pesak (traditional)

1) Kurung Pahang ~ Tidak mempunyai kekek.
- Kurung tradisional ~ Mempunyai kekek.


2) Kurung Pahang ~ Potongan Bahagian badan mempunyai "cutting".
- Kurung tradisional~ Potongan bahagian badan pula lurus hingga kebawah.

3) Kurung Pahang ~ Bahagian ditangan kembang dihujung.
- Kurung tradisional ~ Bahagian ditangan dari atas kehujung lurus sahaja.
Untuk baju kurung pahang ini, biasanya kain adalah lipat hadapan atau disebut selisih depan dan tanpa terbelah.Sementara baju kurung tradisional kainnya susun kipas samaada sebelah kiri ataupun kanan iaitu mengikut keselesaan masing-masing.




BAJU KURUNG RIAU


Baju kurung riau adalah seperti baju kurung pahang TETAPI tanpa kekek dan mempunyai pesak yg terbahagi kepada 2 bahagian seperti baju kurung pesak gantung dan mempunyai cutting dibahagian pinggang. Pesak untuk baju kurung riau ini adalah kembang dibahagian bawah. Baju ini amat sesuai untuk orang yg bertubuh kurus mahupun gempal. Disamping menampakkan sedikit potongan badan ianya dapat menyembunyikan bahagian punggung sipemakai.


Perbezaan antara Baju Kurung Pahang dan Baju Kurung Riau
1) Kurung Pahang - Hanya mempunyai satu pesak dari bawah ketiak terus kebawah. Pesaknya hanya sedikit mengikut potongan dibahagian pinggang sahaja.
2) Kurung riau - Mempunyai 2 pesak satu dibahagian bawah ketiak dan satu lagi yang kembang dibahagian bawah, dan ianya kelihatan seperti tergantung antara satu sama lain, dan ada juga yg memanggil kurung pesak gantung. Mengikut potongan dibahagian dada dan pinggang dan kembang sedikit dibahagian punggung.

Untuk baju kurung riau ini, kainnya adalah dua pilihan iaitu lipat hadapan atau disebut selisih depan dan ada yang susun kipas dibelakang.

Langsir Angsana Scallop


 Cara membuat Angsana Scallop




1. Setiap tepi kain yang menyerong diberi poin 4 inci dari atas, diikuti 4 inci kemudian 1 inci, diikuti 4 inci, 1 inci, seterusnya berselang seli hingga ke bawah sekali 8 inci.

2. Dari bahagian hadapan kain yang sudah dicantum, susunkan ke atas (lihat gambar). Poin 4 inci kedua diletakkan pada bahagian bawah poin 4 inci pertama lalu dipin, kemudian poin 4 inci ketiga dibawa ke poin 1 inci. Teruskan hingga akhir. Pada poin 8 inci terus dilipat tiga bahagian. Pastikan semua jarak 1 inci sahaja yang akan kelihatan di permukaan.

3. Pada bahagian tepi dan tengah kain scallop yang telah disusun dan dipin, jahit mati setiap susunan scallop.

Langsir Skirt box pleat (lipat kotak)


Cara membuat skirt box pleat (lipat kotak)

 



Rujuk cara membuat smoking skirt.

1. Sediakan kain sederhana tebal keperluan lebar tingkap 78 inci x 3 (formula lipat kotak) kain segi empat panjang berukuran 234 inci lebar dan 19 inci labuh.

2. Kedudukan bentuk lengkung pola kain skirt bergantung pada scallop yang diperlukan, di sini diperlukan 3 scallop, maka kain akirt perlu dibentuk hingga mendapat tiga ruang lengkung untuk meletakkan setiap scallop.

Langsir Single Scallop


mengukur dan memotong kain



Mencari ukuran dan memotong kain scallop

1. Lebar tingkap 90 inci - 14 inci (7 inci kiri dan 7 inci kanan) = 76 inci.

2. Ukuran kain scallop.
Lebar atas kain scallop 76 inci
Labuh ke bawah 48 inci
Lebar bawah kain scallop 76 inci + 28 inci = 104 inci


Cara menjimatkan kain

1. Sediakan kain 146 inci (73 inci X 2) segi empat panjang lipat dua. Ambil 8 inci untuk kepala langsir, baki di bawah lukis seoerti rajah. Bahagian atas scallop 76 inci bahagi 2 = 38 inci, labuh sehabis kain atau 48 inci, pada bahagaian bawah kain ukuran sama dibawa ke bawah ditambah 14 inci ( 38 inci + 14 inci = 52 inci.

2. Di atas kain yang sama lukis rajah untuk 35 inci di atas dan 13 inci di bawah. Kemudian temukan poin 38 inci pada poin 13 inci.

3. Pada kain scallop, bahagian tepi kain yang menyerong naikkan ke atas 7 inci lalu buat garisan melengkung, mulakan menanda dari bawah, rujuk rajah.

Cara melipat dan membuat swag



Cara melipat

1. Mulakan melipat dari bawah, ambil poin 5 inci pertama di bawa ke poin 1 inci pertama, kemudian ambil poin 5 inci kedua, jarak 1 inci sahaja yang akan kelihatan di permukaan kain.

2. Pada bahagian atas berukuran 8 inci, ambil bahagian hujung kain ini lalu, dibawa ke poin 1 inci yang akhir. Naikkan atau tarik ke atas 2 inci bahagian kain yang berlipat.

3. Pastikan lipatan pada scallop selari dengan bahagian atas kain scallop bahagian dijahit mati 1/2 inci.

Membuat Swag

1. Sepasang swag berukuran lebar 43 inci labuh (ikut kesesuaian anda) dari lebar bahagian depan 12 inci.

2. Mulakan swag sari garisan 35 inci, lipat simpan 7 inci di bawah kain, biarkan ukuran 2 inci sahaja yang ada permukaan. Pada ukuran 3 inci yang akhir terus di bawa ke jarak 2 inci (ukuran sisip 33 inci).

Langsir Diamond Pleat




6. Poin tengah ditarik ke bawah, ke atas jahitan pada kain keras, setelah lipatan membentuk seperti layang-layang, buka sedikit bahagian bawah lipatan, lalu jahit di bahagian dalamnya.

7. Pada bahagian tengah lipatan boleh dihias dengan butang.

8. Kedudukan jarak di antara satu lipatan.

Langsir Trivoli


Cara Membuat Tie



1. Ukuran tie yang sederhana lebar, ikut ukuran rajah di atas.

2. Guna kain asal digabung dengan kain kosong, kain dilapis dua, temukan bahagian luar kedua-dua kain, jahit keliling biarkan bahagian atas tidak berjahit.

3. Terbalikkan melalui bahagian yang tidak berjahit. Gosok supaya kemas.

4. kain diberi poin tengah. Lipat bahagian kiri tiga lapis (lipat kotak).

5. Lipat sebelah lagi, sehingga menjadi seperti rajah di atas, kemudian jahit mati bahagian atas.



Cara Menyiapkan



1. Untuk mencari kedudukan tie pada heading, lebar tingkap 76 inci bahagi 3=25 inci. Bahagikan tiga bahagian 25 inci pada heading.

2. Letakkan tie pada pertemua kedua-dua poin 25 inci terlebih dahulu, kemudian pada heading. Rujuk gambar di sebelah.

3. Basikan 2 inci kedua-duanya hujung heading, kemudian temukan bahagian luar heading dengan bahagian luar kain panel yang berbentuk kipas.

Langsir Ombak stulang laut


Persediaan, menggunting dan membahagikan kain 




Persediaan

1. Kain langsir utama (diambil dari bahagian tengah kain yang berbunga 21 inci).

2, Kain pelapik (dari bahagian atas kain yang kosong) 11 inci.

3. Kain rupal hiasan (daripada kaki yang bersulam) 7 inci

Gunting dan bahagi kain

1. Lebar kain langsir utama berukuran 3 kali ukuran lebar tingkap ditambah 3 inci basi kelim kiri dan kanan. (lebar tingkap 90 inci x 3 = 270 inci + 3 inci basi kelim) = 273 inci. Labuh langsir 21 inci.

2. Bahagian atas kain langsir utama dilipat ke belakang 1 inci kemudian dikelim selapis sahaja, manakala bahagian bawah kain pula dilipat kotak inci.

3. Kain pelapik diambil dari bahagian atas kain yang kosong atau warna yang berlainan, berukuran lebar tingkap ditambah 3 inci basi kelim kiri dan kanan (LT 90 ici + 3 inci =93 inci ) Labuh kain 11 inci.


Cara Mencantum



1. Temukan bahagian dalam kain pelapik dengan bahagian dalam kain, ropol hiasan, kemudian jahit matikan kedua-dua sekali.

2. Temukan bahagian luar kain langsir utama dengan bahagian luar kain ropol hiasan, atau tindihkan di atas ropol hiasan, kemudian jahit sekali ketiga-tiga bahan

3. Bahagian atas kain langsir utama dibawa ke bahagian atas kain pelapik dilipat pisau terus ke belakang pita tarik sambil dijahit mesin perlahan-lahan, pastikan ketika melipat, kain langsir utama mencukupi.

4. Ketika menjahitnya, bahagian bawah pita tarik, jahit dari permukaan langsir sambil kemaskan (selarikan) lipat pisau. Untuk hiasan bahagian jahitan boleh ditutup dengan renda lebar.

5. Bahagian dalam langsir akan berbentuk seperti gambar dii sebelah.



Teknik Pisau Lipat 



Tempat: Ruang tamu, bilik tidur, atas pelamin dan bilik penganting

Jenis kain: Nipis dan jarang, atau kain seer nipis bidang 120 inci bawah kain berkaki

Pita: pita tarik 2 tali

Ukuran contoh: Lebar tingkap (LT) 90 inci
Labuh langsir (LL) 20 inci

Kain yang berbidang 120 inci berbunga di tengah-tengah boleh dipelbagaikan untuk membuat langsir seperti ini, rujuk cara membahagikan kain.

Langsir scallop

BAHAGIAN SCALLOP

Pelan ini bagus jika dibuat diatas kertas keras (manila kad yang besar), di tandakan, jarak atas dan bawah sekali ialah 2 cm, dan ditengah2 diselangkan 5 cm dan 2 1/2 cm. Di tanda-tanda jarak itu, sebaiknya digunting seperti di gambar A1 berwarna merah, supaya tanda tersebut tidak lari/ hilang.

gambar A1

Gambar A2
Cara Memotong
- Pelan ini diletakkan di atas kain yang dilipat menyerong. (Apabila kain dilipat menyerong, Ombaknya lebih cantik!),
- Bahagian yang ditanda ialah bahagian tepi kain, lebihkan sebanyak 1 cm dibahagian tepi atas dan bawah (bahagian lipatan di kain serong tidak perlu lebih).
- Tandakan dengan kapor dan Guntingkan kain, kemudian gunting sedikit  kain di tanda-tanda merah tu..., camne nak cakap ye...?Tunjuk gambarkan senang!

Contoh Ukuran : (" = inci) Lebar Tingkap = 75 inci
Tinggi Tingkap = 48 inci
Bidang kain = 48 inci
Lebar Scallop = 25" untuk tingkap
Untuk Mencari Jumlah Scallop

LEBAR TINGKAP BAHAGI(/) LEBAR SCALLOP = JUMLAH SCALLOP
contoh : 75" / 25" = 3 scallop
Untuk Mencari Jumlah meter kain 1 scallop memerlukan 1.25 meter kain
Jika 3 scallop = 1.25m x 3 = 3.74 meter

BAHAGIAN TAIL
Tail ialah Bahagian Kiri dan Kanan Langsir
Cara Potong Kain dilipat dua, (36" - ditepi kain)
Untuk Mencari Jumlah Meter Kain tail = 36"
Kiri dan kanan = 2 x 36" = 72" bahagi 39  = 1.85 meter (betul ke ni..., dalam buku tulis cam ni...)
KESELURUHAN JUMLAH KAIN = Jumlah Scallop + Jumlah Tail
= 3.75m + 1.85 m
= 5.6 Meter (atau 5.5 meter)


Fringles (rambu) Kira setiap hujung @ lebihkan 2 meter dari jumlah kain.
5.5m + 2 m = 7.5m

CARA Nak Jahit Scallop - Buka kain yang telah dipotong
- Jahit tepi bahagian bawah dan atas sahaja
- Kemudian, jahitkan FRINGLES (RAMBU) dibahagian bawah!


- Pastikan anda dah potong tepi2 mengikut tanda (atau tanda kapur)
- Lipat dua bahagian atas dan jahitkan dalam 2 cm disini

- Cantumkan pada belah belakang kain....
- Gunakan jarum peniti yang ada manik bulat ..., senang nanti
- Cantumkan yang lima cm kepada 2 cm.., sematkan dengan peniti
- buat semua, kiri dan kanan....
mesti dapat cam ni...
lurus sahaja di bahagian atas
kemudian, jahit jelujur halus2 (atau tindih je dengan mesin) kat atas tu..., lepas/sambil tu, bolehlah cabut jarum peniti Buat scallop yang lain pulak.

CARA Nak Jahit Tail
Lipat
atau tindihkan..., sehingga dapat dalam 12 inci.

CARA MENYAMBUNG SCALLOP DENGAN TAIL
1) Ukur lebar setiap scallop dan tail
  12" + 25" + 25" + 25" + 12" = 99"\ 2) Ukuran Lebar tingkap dicampur 3"
   75" + 3" (lebihan jahitan) = 78"
3) Untuk mengetahui jumlah pertindihan
    =  99" - 78"
    =  21" bahagi 4 (bahagian tindihan - (kalau 2 scallop, 3 tindihan))
    = 5.25 "
BEN
  
dihujung scallop yang  dah di sambungkan, jahit ben (terbalik)

dah jahit ben, jahitkan pula penyangkut langsir. jahitkan sebelum lubang. lepas tu, naikkan, selitkan lebihan ben dan jelujur/ kemudian tekan dengan mesin.
DAH JADI DAH